Selasa, 15 Mac 2011

Renungan

 Abu Dabhah meriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas'ud r.a. menderita sakit, Ia di ziarahi Oleh Usman bin Affan, lalu ditanya oleh Usman bin Affan : " apakah yg anda keluhkan?"

"aku keluhkan dosa-dosaku." ujar Ibnu mas'ud
"Lalu apa yg anda inginkan?" tanya Usman.
"Rahmat Tuhanku," jawab Ibnu mas'ud.
"mahukah ku panggilkan perawat?" tanya Usman
"Perawat itulah yg membuatkan ku sakit" ujar Ibnu Mas'ud
"apakah perlu bantuan wang?" tanya Usman
"aku belum berhajat" jawab Ibnu mas'ud
kata Usman lagi "untuk puteri-puterimu sepeninggalanmu"
maka jawab Ibnu Mas'ud "Apakah anda risau puteri-puteriku akan jatuh miskin? saya telah menyuruh puteri-puteriku membaca surah Al Waqi'ah setiap malam, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

" Siapa yang membaca surah al waqi'ah tiap malam tidak akan menderita kefakiran selamanya"

riwayat Ibn Assakir dan Abu Ya'alaa. (sumber rujukan kitab tafsir Ibnu Kathsir jilid 8 dalam surah Al Waqi'ah)

Renungi Hadis di atas dan dapatkan jawapan persoalan lalu.

Isnin, 7 Mac 2011

Pengenalan

Setiap manusia mempunyai impian dan cita-cita menjadi terkenal, kaya, hebat dan berbagai-bagai lagi. Namun ramai yang hanya tinggal impian dan harapan. Sama ada terkandas gagal atau terhenti kerana lemah semangat.

Ramai berpendapat, untuk gapai impian perlu bersungguh-sungguh berusaha tak kenal penat siang malam serta bermacam-macam cara dan gaya. Tetapi ada yang kita lihat seseorang itu hanya biasa-biasa saja tapi mendadak meningkat, yang kuat dok pulun tapi tak ada apa-apa pun hingga hujung usianya.

Di mana silapnya, apa yang tak kena, apa puncanya ini semua? Ramai jugalah yang beri pendapat work hard dan work smart membezakan hasilnya. Tapi ada yang dah buat work smart tapi masih gagal. Apa hal ni?

Kita ada mata dan fikiran, akal yang baik serta ilmu pengetahuan yang hebat juga, Semua ini kita lihat sebagai sesuatu yang aneh lagi pelik. Ada orang kerja sikit-sikit tapi kaya raya, ada yang kuat tapi masih di tahap lama. Apa yang kita dapat jadikan garis panduan untuk menilai keadaan ini, lantas merubah agar dapat bersaing dengan orang-orang yang hebat.

Pertamanya persoalkan pada kita adakah memahami hakikat sebenar kehebatan, kecemerlangan, kekayaan dan berbagai lagi
Isu BESAR ini saya akan bincangkan pada keluaran akan datang, jadi bersabarlah menungu untuk dinilai dan fikirkan dalam benak akal hati yang bijak.


Sekian.